| ANWAR TUJUKAN AMARAN PADA ZULKIFLI NOORDIN? |
| Tuesday, 10 November 2009 | |
|
Sivarasa juga menegaskan, amaran Anwar itu juga adalah untuk mengingatkan mereka semua supaya menjadi lebih berdisiplin dan juga kepada pemimpin PKR yang bertelagah secara terbuka. “Ia sebenarnya adalah satu amaran secara langsung kepada orang seperti Zulkifli Noordin yang sering kali mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan polisi parti,” katanya sebagaimana dilaporkan oleh mStar Online. “Sebagai contoh, tindakan Zulkifli yang cuba membentangkan beberapa usul di Dewan Rakyat yang jelas tidak selari dengan polisi parti itu tanpa terlebih dahulu merujuknya kepada pucuk pimpinan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas komentar Anwar semalam yang mahukan para pemimpin PKR lebih berdisiplin dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak selari dengan polisi parti itu. Zulkifli, sebelum ini beberapa kali mencuba untuk membentangkan usul di Parlimen khususnya berkaitan dengan hal-hal berkaitan dengan Islam yang dilihat sebagai tidak selari dengan polisi PKR.
Set as favorite
Bookmark
Email This
Hits: 448 Comments
(1)
|