| MENGENALI LELAKI PENIPU - Bahagian Akhir |
|
|
|
| Thursday, 05 November 2009 | |
|
Seorang lelaki lain berjaya merahsiakan perkahwinan keduanya daripada pengetahuan isteri Walaupun jelas bahawa tidak mudah untuk mengesan penipuan dan kecurangan yang dilakukan oleh seseorang lelaki, namun ini tidak bermakna tidak ada cara langsung untuk melakukannya. Caranya tetap ada. Jalannya tetap banyak. Buku ini akan turut menyenaraikan tanda-tanda yang boleh anda gunakan sebagai asas bagi tujuan tersebut. Begitu pun ada dua perkara yang perlu diambil ingat, pertama, hakikat bahawa setiap usaha ‘mencari kesalahan’ seseorang dengan apa juga cara lebih banyak membawa kesan negatif berbanding yang positif. Ia hanya akan membuka laluan pada terbentuknya zon tidak selesa dalam diri seseorang. Sebagai manusia biasa, kita bukan sahaja mempunyai persepsi berbeza terhadap sesuatu perkara, tetapi juga sentiasa bersikap bias. Dalam keadaan di mana kita sangat mempercayai seseorang, kita mungkin terlepas pandang bermacam-macam perkara, termasuk kesilapannya yang paling besar. Tetapi apabila timbul keraguan dan syak wasangka mulalah tungau dan hama pun kita jadikan isu. Perkara kedua yang harus dititik beratkan ialah memahami kenyataan bahawa adanya tanda-tanda penipuan dan kecurangan BUKANLAH membawa erti bahawa perbuatan tersebut telah benar-benar dilakukan. Ertinya, anda tidak boleh terburu-buru bertindak hanya dengan bergantung pada tanda-tanda tersebut semata-mata. Jika anda yakin bahawa akal anda boleh menguasai emosi, teruskanlah keinginan untuk mengesan tahap kejujuran pasangan anda itu. Banyak yang boleh anda lakukan kerana kelazimannya tiap bentuk kecurangan, biar sekecil mana pun, akan menampakkan tanda-tandanya. Antara yang boleh dijadikan tanda ialah: 1. Pasangan anda tidak berenggang daripada telefon bimbitnya dan tidak meletakkannya di tempat-tempat yang terbuka serta boleh diambil oleh orang lain, khususnya anda; 2. Apabila menerima panggilan, sesekali atau selalunya, dia akan menjawabnya jauh daripada anda. 3. Menyimpan cip telefon lain tanpa memberikan nombornya kepada anda. 4. Peti keluar masuk SMSnya sentiasa kosong sedangkan dahulu tidak begitu. 5. Jarang dapat dihubungi di tempat kerja. Kalau jenis yang bekerja di luar pejabat atau di luar kawasan pula talian telefonnya selalu sangat bermasalah. 6. Pesanan anda supaya dia membuat panggilan kembali jarang ditunai dalam waktu sepatutnya. 7. Jadual balik pasangan anda berbeza daripada biasa; kelazimannya semakin lewat dan tidak menentu. 8. Pasangan anda banyak berangan. 9. Penampilannya, seperti gaya berpakaian dan lain-lain berubah. 10. Dia kerap sangat bertanya tentang jadual anda. 11. Selalu berkeadaan tidak selesa apabila anda menyentuh barangan miliknya seperti dompet atau komputer peribadinya. 12. Jumlah batuan (mileages) kenderaan cepat bertambah berbanding dengan waktu-waktu sebelumnya. 13. Suka menghadiri majlis secara bersendirian. 14. Pakaiannya berbau minyak wangi ‘orang lain’. 15. Dia membasuh pakaiannya sendiri, atau menghantarnya untuk di dobi tanpa pengetahuan anda.
(dipetik daripada buku 'Kenapa Lelaki Menipu?', Adi Alhadi, Edusystem Sdn. Bhd. 2007)
Set as favorite
Bookmark
Email This
Hits: 719 Comments
(0)
|
|
| Dikemaskini pada ( Thursday, 05 November 2009 ) |
| < Prev | Next > |
|---|




