| Dedahkan Pekung: IDRIS TEGUR ANAK NIK AZIZ |
|
|
|
| Monday, 21 December 2009 | |
|
Kisah Abdul Ariffahmi Abdyl Rahman, menantu Menteri Besar Kelantan, nampaknya masih tidak berakhir, malah mungkin tidak akan berakhir dengan mudah. Semenjak beberpa minggu lalu, nama itu bukan sahaja secara tidak langsung mengganggu kredibiliti bapa mentuanya, Datuk Nik Aziz Nik Mat tetapi juga mengheret keluarga Mursyidul Am PAS itu ke dalam kancah polemik yang berterusan.
Sebelum ini keluarga Nik Aziz terusik sedikit apabila Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa Ariffahmi segera mengosongkan jawatannya selaku Ketua Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Ariffahmi sebelum itu berkata akan mengemukakan notis tiga bulan mulai 24 Disember ini bagi membolehkan beliau melepaskan jawatan pada 24 Mac nanti.
Berikutan asakan berterusan terhadap suaminya, anak Nik Aziz, isteri Ariffahmi iaitu Nik Amalina muncul membuat kenyataan daripada perspektifnya sendiri menerusi blog. Dan antara tulisannya yang dianggap menyengar ialah bila beliau mencabar seorang anggota exco Kelantan – yang tidak dinamakan – meletakkan jawatan, rentetan daripada kontroversi melibatkan suaminya. Hari ini portal Malaysiakini menyiarkan kenyataan Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad yang berkata, Nik Amalina tidak seharusnya "membuka pekung di dada" dengan mendedahkan isu-isu melibatkan kepentingan parti di blog peribadi. "Banyak perkara yang melibatkan hal dalaman tidak bolehlah diceritakan kepada semua orang sebab akan jadi seperti membuka pekung di dada," kata Idris Tambahnya, tindakan anak perempuan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan suaminya melalui blog "tidak sepatutnya dilakukan" kerana ia berkait dengan soal pentadbiran kerajaan negeri. Dalam coretannya, Nik Amalina antara lainnya mencabar seorang anggota exco Kelantan – yang tidak dinamakan – meletakkan jawatan, rentetan daripada kontroversi melibatkan suaminya sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) PMBK. "Kalau ditanya saya, tentunya saya jawab, kalau adapun exco yang patut letak jawatan, saya wajibkan seorang exco itu saja yang letak jawatan. Ada berani Exco yang seorang itu menyahut cabaran?" tulis Nik Amalina, 13 Disember lalu. Exco yang dimaksudkan Nik Amalina itu dipercayai Datuk Husam Musa, pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, yang diketahui rapat dengan penulis blog Kickdefella Syed Azidi Syed Abdul Aziz. Gesaan supaya Husam meletakkan jawatan itu dipercayai timbul berikutan serangan terbuka yang dilancarkan Syed Azidi, bekas pegawai perhubungan awam PMBK yang dipecat oleh Abdul Ariffahmi. Penulis blog itu turut mempertikaikan Nik Abdul Aziz – yang disifatkannya “sandiwara” – atas kelengahan peletakan jawatan CEO itu Mengulas tindakan serang-menyerang di ruang siber antara Syed Azidi dan Nik Amalina, Idris berkata ketegangan antara kedua-duanya itu sepatutnya dapat diselesaikan secara rundingan. "Perkara seperti ini lebih baik diselesaikan dengan cara perjumpaan, bukannya ditulis dalam blog sebab kita ada mekanisme untuk bermesyuarat, ikut saluran parti," kata Idris lagi. Comments
(1)
|
| Next > |
|---|





sekian wslam