Pendaftaran Pakatan Rakyat: HADI TEKAN BREK, TERBANTUTKAH LANGKAH ZAID? PDF Print E-mail
Monday, 21 December 2009
Kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Pakatan Rakyat tidak perlu tergesa-gesa didaftarkan sebagai sebuah badan yang formal menimbulkan tanggapan sesetengah pihak bahawa perbezaan ideologi politik masih menjadi halangan besar pada penubuhan rasmi pakatan tersebut.
Walaupun kalangan yang pro pembangkang, terutama media-medianya memberi gambaran konvensyen pertama di Shah Alam, Sabtu lalu 'amat berjaya' dalam usaha membina persafahaman PKR, DAP dan PAS, namun kenyataan Abdul Hadi yang dibuat sehari selepas konvensyen itu memberi gambaran bahawa yang indah itu masih pada kulit - sama sebagaimana yang digambarkan oleh kerjasama pakatan pembangkang itu setakat ini.

Masih banyak perkara-perkara pokok yang perlu ditangani sebelum impian melihat PR menjadi sebuah badan formal tercapai. Dan sukar dinafikan perkara itu menyangkuti soal pertentangan ideologi yang cukup ketara, terutama antara PAS dengan DAP.
Abdul Hadi, dalam kenyataannya berkata, "Pakatan tidak semestinya menjadi sebuah parti. Apa yang penting ialah kita mencari titik persamaan dan mengenepikan perbezaan."
Kenyataan itu dibuat selepas pertemuan khasnya dengan blogger-blogger politik di Kuala Lumpur semalam.
Pemerhati politik melihat kenyataan tersebut akan menjadi kekangan pada langkah orang kuat PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang dikatakan sudah mengemukakan permohonan rasmi kepada pihak Pendaftar Pertubuhan untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat.
"Ia bukan masa yang sesuai untuk ketiga-tiga parti mendaftar, dan PAS belum membuat keputusan mengenainya." kata Abdul Hadi.
Dengan kenyataan seperti itu, dapat dijangka bahawa PAS masih ragu-ragu untuk memberi komitmen sepenuhnya terhadap pembentukan PR secara rasmi.
Dalam konvensyen Sabtu lalu, PAS dan rakan-rakan kongsinya telah melahirkan secara bersama dokumen Dasar Pakatan Rakyat yang dipersetujui secara sebulat suara.
Pada akhir konvensyen itu juga, semua perwakilan yang hadir mengangkat tangan tanda setuju menerima kandungan dasar empat perkara penting yang menjadi asas kepada pembentukan PR.
Tetapi berapa banyak pun dokumen dilahirkan dan berapa ribu juga tangan yang diangkat, ia tetap tidak membuka laluan mudah kepada pembentukan sebuah pakatan yang benar-benar 'berdiri sama tinggi, duduk sama rendah'.
Secara jujur, satu-satunya asas persamaan antara ketiga-tiga 'komponen' PR setakat ini hanyalah keinginan menumbangkan Barisan Nasional. Hanya itu. Yang lain-lain masih terlalu banyak dipersoalkan.
Abdul Hadi mungkin menyedari halangan-halangan itu dan sebagai seorang ahli politik yang jujur terhadap perjuangannya, beliau tentu tidak mahu PR dibina atas dasar keinginan semata-mata tanpa mengambilkira rasional dan logiknya.
Kerana itu beliau teragak-agak menyatakan komitmen di pihak partinya.
Dan tanpa komitmen PAS, PR sesungguhnya tidak akan sampai ke mana-mana...
 
 
 
Oleh: Double 'A'
Comments (2)add
0
...
written by ROS insider , December 21, 2009
Salam,
Just sedikit info dari ROS. Application utk register Pakatan Rakyat telah dibuat dan disubmit untuk proses. Pakatan Rakyat sebagai satu Party dgn satu lambang masih lagi dalam proses dipihak ROS.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by Mohd Yusof , December 21, 2009
Kenapa DS Hadi tak mahu PR mendaftar lagi? Dia nak tunggu utk bekerjasama dgn UMNO utk Kerajaan Perpaduan yg akan menyelamatkan orang Melayu dpd terus diperkudakan oleh DAP Komunis!
DS Hadi berfikiran jauh bukan macam TGNA.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
Write comment

busy
Dikemaskini pada ( Monday, 21 December 2009 )
 
Next >


     
         
     
         
     
         
         

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup