| 'SELEPAS INI KITA BERKONVENSYEN DI PUTRAJAYA' - ZAID IBRAHIM |
|
|
|
| Sunday, 20 December 2009 | |
|
“Rakyat sudah bosan dengan politik perkauman. Mereka bosan diperbodohkan. Saya beri jaminan, selepas ini, kita akan mengadakan konvensyen berikutnya di Putrajaya,” kata beliau disambut tepukan gemuruh peserta konvensyen pertama Pakatan Rakyat di Shah Alam petang semalam. Zaid berkata, konvensyen itu adalah ujian bagi Pakatan Rakyat mengenepikan perbezaan antara mereka bagi berkhidmat kepada rakyat dan menggantikan apa yang disifatkannya sebagai kerajaan BN yang korup. “Kita diberitahu bahawa kita tidak boleh bersatu, pemimpin agung UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad kata kalau kita dibenarkan memerintah, segala-galanya akan musnah.” “Sudah tentu semuanya akan musnah, semuanya yang berkaitan dengan UMNO akan musnah,”katanya yang berucap di akhir konvensyen itu. Zaid merupakan orang yang merangka dasar-dasar bersama Pakatan Rakyat, yang dibentang dan diluluskan dalam konvensyen semalam. “Kita kini harus melihat perpaduan dari sudut yang berbeza. Kita mesti meningkatkan kerjasama. Jika PKR lemah di Kelantan, PAS harus membantu. Jika PAS lemah di Perak, DAP dan PKR mesti membantu supaya menjadi kuat,” katanya.
Set as favorite
Bookmark
Email This
Hits: 762 Comments
(0)
|
| < Prev | Next > |
|---|





Bekas menteri di jabatan Perdana Menteri, yang kini orang kuat PKR, Datuk Zaid Ibrahim mengisytiharkan Pakatan Rakyat kini bersedia menyingkirkan Barisan Nasional dan mengambil alih kuasa kerajaan Persekutuan.