| Ariffahmi Persoal Kenyataan Mahfuz: 'KENAPA BARU SEKARANG?' |
|
|
|
| Friday, 11 December 2009 | |
|
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Abdul Rahman mempersoalkan tindakan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar membuat kenyataan mendesak agar beliau segera meletakkan jawatannya itu bagi meredakan konflik sedang berkisar dalam pentadbiran kerajaan negeri. Menurut Ariffahmi, sebagai pemimpin atasan parti Mahfuz sepatutnya terlebih dahulu memikirkan kesan daripada kenyataan yang dibuatnya itu. Reaksi Ariffahmi itu dilaporkan oleh portal Malaysian Insider hari ini. Dalam kenyataannya semasa dihubungi oleh portal tersebut, menantu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu turut bertanya, “Kenapa sekarang baru mahu bersuara? Kenapa semasa ayahanda, termasuk saya sendiri diasak, dikecam dulu beliau hanya membisu.” Isnin lalu, Mahfuz, yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena Sehubungan itu, pada Isnin lalu Mahfuz meminta Nik Aziz selaku Penasihat PMBK supaya berbincang dengan ahli Lembaga Penasihat perbadanan itu supaya perkhidmatan Ariffahmi ditamatkan segera. Ariffahmi, yang sebelum itu bersetuju melepaskan jawatan atas nasihat Nik Aziz, membuat pengumuman akan mengemukakan notis tiga bulan berkuatkuasa 24 Disember ini. Ariffahmi juga, lapor Malaysian Insider, berkata beliau telah cuba menghubungi Mahfuz melalui panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataannya, namun tiada sebarang maklum balas. “Saya tidak tahu kenapa beliau tidak jawab panggilan dan SMS saya,” katanya. Comments
(1)
|
|
| Dikemaskini pada ( Friday, 11 December 2009 ) |
| < Prev | Next > |
|---|





Oi Ariffahmi, dah buat salah tu mengaku je laa... Apa nak berdolak dalik pulak... Emo sial mamat ni!