Syndicate

Who's Online

We have 10 guests online
Isu Projek Jeti Pasir Penambang: RONNIE SIFATKAN NOH OMAR 'BATU API' PDF Print E-mail
Thursday, 03 December 2009

 EXCO Selangor, Ronnie Liu, menyifatkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sebagai batu api kerana cuba menghasut penduduk berhubung perpindahan tokong dan rumah nelayan di Pasir Penambang, Kuala Selangor.

Ronnie berkata dakwaan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Noh Omar bahawa kerajaan negeri mengugut untuk membatalkan projek pembinaan jeti di kawasan itu adalah tidak benar sama-sekali.

“Hari ini saya ingin menegaskan disini bahawa apa yang dikatakan oleh Menteri Pertanian, Datuk Noh Omar dimana dia kata negeri ataupun saya memberi satu amaran bahawa kita akan batalkan projek jeti di pasir Penambang di Kuala Selangor saya ingin menegaskan itu bahawa tidak benar sekali dan isu ni tidak langsung dibangkitkan apabila beliau berjumpa dengan saya di Pasir Penampang”kata beliau dalam sidang media selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK) semalam.

Isu itu berbangkit apabila pada tahun 2006, pihak LKIM mengambil-alih tapak kediaman dua keluarga berkenaan dan Tokong Sei Ling bagi tujuan pembinaan, dan digantikan dengan tapak baru seluas 1.093 ekar kepada pihak tokong.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat bagaimanapun berpendapat tapak kediaman baru yang disediakan untuk dua keluarga berkenaan terletak terlalu hampir dengan kawasan tokong, lantas digantikan dengan tapak yang baru.

“Kita akan mementingkan faedah dan kepentingan kedua-dua pihak sebab kerajaan negeri ada hak,ada kuasa untuk mencari tanah dan juga cara penyelesaian yang paling baik.

“Kita minta Noh Omar janganlah, ikutlah undang-undang dan kes ini boleh diselesaikanlah.Dan kita harap pihak tokong dan juga pihak penduduk terlibat boleh bertenang dan bersabar dan kita akan cari satu penyelesaian”,katanya.   

Ahad lalu, Ronnie Liu dan Noh Omar bertegang leher dalam satu sesi dialog mengenai isu pemberian tanah kepada dua keluarga yang terbabit dalam projek pembinaan jeti LKIM itu.

Di sesi dialog berkenaan Ronnie mendakwa Noh membawa pengikut untuk membuat kacau dalam sesi itu ketika kerajaan negeri cuba memberi penerangan kepada penduduk.

“Dia batu api, dia yang menjemput saya tetapi cara dia tidak betul dengan memanggil semua kawan dia membawa bendera BN dan meminta mereka membuat bising. Setiap kali kita memberi penjelasan orang dia buat kacau,”katanya.

Comments (0)add
Write comment

busy
Dikemaskini pada ( Thursday, 03 December 2009 )
 
Next >


     
         
     
         
     
         
         

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup