| NAZRI SANGGAH AHMAD MASLAN |
|
|
|
| Wednesday, 02 December 2009 | |
|
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz secara langsung nampaknya membidas Datuk Ahmad Maslan berhubung langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk memulihkan imej Biro Tata Negara. Nazri sebelum ini berkata, Kabinet telah membuat keputusan untuk merombak BTN, tetapi Ahmad, dalam kenyataan yang dibuat selepas itu berkata, BTN hanya akan di’tambah-baik’ bukannya dirombak. Kenyataan Ahmad mengenai penambahbaikkan itu memberi gambaran seolah-olah tidak ada apa yang salah dengan modul kursus-kursus anjuran BTN. “Apa juga perkataan yang anda gunakan, ‘tambah-baik’ atau rombak, bagi saya ia adalah perubahan modul,” tegas Nazri kepada para pemberita di lobi Parlimen semalam. Nazri juga pada masa yang sama mengaku BTN ada ketikanya digunakan untuk mempromosi pemimpin-pemimpin kerajaan yang tertentu. Bagi Nazri, tidak ada gunanya bagi Ahmad atau lain-lain menteri menafikan keputusan yang telah dibuat oleh Kabinet mengenai perkara itu. Ahmad merupakan pemimpin UMNO kedua yang membuat kenyataan mempertahankan BTN. Sebelum beliau, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengambil pendirian yang sama.
Set as favorite
Bookmark
Email This
Hits: 312 Comments
(0)
|
|
| Dikemaskini pada ( Wednesday, 02 December 2009 ) |
| < Prev | Next > |
|---|




