| MUFTI KUTUK UNDI HARAMKAN MENARA AZAN |
|
|
|
| Wednesday, 02 December 2009 | |
|
KAHERAH - Mufti Mesir, Ali Gomaa mengutuk pengundian untuk mengharamkan menara baru azan di Switzerland dengan menganggapnya sebagai penghinaan kepada orang Islam di seluruh dunia.:
Bagaimanapun, beliau menggesa umat Islam supaya tidak mencetuskan sebarang tindakan negatif berhubung isu itu. Majoriti pengundi dalam pungutan suara itu bersetuju dengan cadangan untuk mengharamkan pembinaan menara baru azan. "Cadangan itu bukan sahaja dianggap sebagai serangan ke atas kebebasan beragama tetapi percubaan untuk menghina perasaan orang Islam di seluruh dunia," kata Ali.: Beliau menyarankan 400,000 penduduk Islam di Switzerland menggunakan dialog dan saluran undang-undang untuk mencabar pengharaman itu.
Set as favorite
Bookmark
Email This
Hits: 320 Comments
(0)
|
| < Prev | Next > |
|---|




