| ANWAR NAFI PAKATAN BERMASALAH |
|
|
|
| Wednesday, 02 December 2009 | |
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan terdapat perpecahan ketara yang sukar dibaiki antara ketiga-tiga parti yang membentuk Pakatan Rakyat. Beliau sebaliknya berkata, kesemua pihak bekerja keras untuk membentuk persefahaman yang lebih kukuh."Dalam tempoh sebulan lalu kami mengadakan empat atau lima mesyuarat di pelbagai peringkat," beliau memberitahu pemberita semasa meninggalkan komplek mahkamah pagi semalam selepas menghadiri perbicaraan, yang menyaksikan permohonannya untuk menggugurkan tuduhan liwat ke atas bekas pembantunya ditolak. Menurut Anwar, PKR, DAP dan PAS baru-baru ini telah membentuk satu jawatankuasa khas untuk menggariskan perkara-perkara perlu bagi menentukan ia benar-benar menjadi kerajaan alternatif kepada Barisan Nasional.
Ketika ditanya bagaimana bentuk kerajaan yang akan dibentuk oleh Pakatan Rakyat, Anwar sekadar berkata, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah adalah contohnya. Kerajaan di ketiga-tiga negeri itu, menurut beliau, berjaya membuktikan keupayaan menjimatkan wang rakyat walaupun mendapat peruntukan terhad daripada Kerajaan Persekutuan. Anwar juga sempat menyalahkan media kerana tidak memberikan liputan yang secukupnya mengenai usaha-usaha kerajaan di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat. Pada masa yang sama beliau mengaku kelemahan pihaknya yang tidak menggunakan sepenuhnya saluran media bebas seperti internet untuk menghebahkan pencapaian Pakatan Rakyat. "Kami tidak begitu efektif menyebarkan maklumat. Kami perlu melakukan lebih banyak lagi."
Set as favorite
Bookmark
Email This
Hits: 241 Comments
(0)
|
|
| Dikemaskini pada ( Wednesday, 02 December 2009 ) |
| < Prev | Next > |
|---|





Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan terdapat perpecahan ketara yang sukar dibaiki antara ketiga-tiga parti yang membentuk Pakatan Rakyat. Beliau sebaliknya berkata, kesemua pihak bekerja keras untuk membentuk persefahaman yang lebih kukuh.