Syndicate

Who's Online

We have 9 guests online
KAMI DAH LAMA DIPIJAK - ADUN BEBAS PDF Print E-mail
Tuesday, 01 December 2009
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas yang menjadi mangsa dipijak gambar mereka oleh pemimpin DAP pada Konvensyen DAP Negeri Perak ke-15, kelmarin, menyifatkan tindakan itu sebagai budaya parti itu sejak dulu.
"Mereka sudah lama pijak kami, bukan baru semalam (kelmarin) dan inilah perbuatan dangkal yang sering menjadi budaya pemimpin pembangkang,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi.
Beliau berkata, tindakan pijak wajahnya dan dua lagi ADUN Bebas adalah simbol kepada sikap sebenar pemimpin pembangkang yang turut sama memijak pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas sejak Pakatan Rakyat (PR) memerintah Perak.
“Bezanya waktu itu tidak ada yang nampak sebab mereka memerintah, segala kekurangan atau kelemahan disembunyikan.
"Sekarang mereka sudah hilang kuasa, macam orang gila talak sanggup buat apa saja untuk menarik perhatian rakyat supaya bersimpati pada mereka.
“Semasa memerintah dulu, mereka boleh bila-bila masa pijak saya dan rakan-rakan lain tetapi kini sudah tidak berpeluang, inilah pula cara yang mereka ambil untuk pijak semula. Itu adalah perbuatan dangkal yang memang menjadi rutin mereka,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Jamaluddin berkata, beliau tidak terkejut dengan tindakan kumpulan berkenalan, malah rakan Pakatan mereka sendiri sanggup mendoakan kehancuran seseorang pemimpin BN.
"Ini sebahagian daripada tindakan kurang cerdik mereka, masih banyak lagi sikap yang belum ditonjolkan, lama-kelamaan dengan sendirinya rakyat dapat melihat perlakuan mereka," katanya.
Sementara itu, ADUN Jelapang, Hee Yit Foong berkata, kelakuan pemimpin DAP itu tanpa disedari akan berpalit akhirnya kepada diri mereka sendiri.
Katanya, beliau tidak pelik tindakan pemimpin pembangkang itu yang dianggapnya seperti manusia kemaruk cinta dan terkial-kial mencari arah baru untuk menarik perhatian orang sekeliling mereka.
“Kononnya pada mereka tindakan memijak gambar saya dan dua rakan lagi bertujuan untuk menimbulkan kemarahan tetapi sebenarnya kami tidak berasa apa-apa.
“Isu yang mereka gembar-gemburkan adalah isu sama untuk bubar DUN, tetapi realitinya rakyat sudah bosan tindakan mereka, jika mereka mahu bubar juga saya cabar agar bubar 28 DUN mereka, adakan pilihan raya baru,” katanya.
 
(Sumber: SINAR HARIAN )
Comments (0)add
Write comment

busy
 
< Prev   Next >


     
         
     
         
     
         
         

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup