| KIT SIANG SELAR BLOGGER UMNO |
|
|
|
| Tuesday, 01 December 2009 | |
|
Veteran DAP, yang juga ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang menyelar blogger-blogger UMNO yang menurutnya berkempen untuk menggambar DAP sebagai sebuah parti komunis. Menurut Lim, taktik yang digunakan oleh UMNO itu adalah taktik terdesak oleh orang-orang yang kecewa kerana tidak mempunyai isu politik bagi digunakan menyerang DAP. Rekod DAP, kata Lim, menunjukkan ia sebuah parti yang patriotik dan mendedikasikan khidmatnya untuk memperbaiki kehidupan dan kebajikan semua warga dan bangsa Malaysia. “Saya tidak yakin mereka akan mendapat sokongan melainkan mereka dapat menunjukkan kelemahan dasar dan program DAP atau Pakatan Rakyat dan membuktikan UMNO dan BN mempunyai dasar dan program yang lebih baik, bukannya bergantung pada kempen-kempen yang penuh pembohongan dan kepalsuan,” katanya sebagaimana dilaporkan Malaysian Insider. Mengulas perkara yang sama, ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata, “Jika mereka mahu menggambarkan DAP sebagai parti komunis, kenapa mereka (kerajaan yang diterajui UMNO) mempelawa pengerusi Parti Komunis China Hu Jintao melawat negara ini? Kenapa Najib mengetuai delagasi dagang ke China dan melabur di negara itu. Malaysia juga memberikan projek-projek mega kepada syarikat-syarikat China. Jadi siapa sebenarnya lebih rapat dengan Parti Komunis China berbanding DAP?” tanya beliau.
Set as favorite
Bookmark
Email This
Hits: 294 Comments
(0)
|
| < Prev | Next > |
|---|




