Syndicate

Who's Online

We have 8 guests online
MASA UMNO SEMAKIN SINGKAT - MAHATHIR PDF Print E-mail
Tuesday, 01 December 2009

 Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Barisan Nasional dan UMNO mempunyai masa yang singkat untuk memperbaiki kelemahan-kelemahannya, jika berhasrat untuk mengekalkan kejayaan dalam pilihan raya umum.

Mantan Perdana Menteri itu juga turut mendedahkan bagaimana ada seorang bekas pemimpin kanan UMNO membayangkan hasrat untuk menyokong PAS kerana kecewa dengan parti Melayu itu yang dianggap telah ‘busuk sehingga ke ususnya’.

Mahathir menulis mengenai perkara itu dalam weblognya, chedet.co.cc.

Pemimpin kanan itu, menurut Mahathir, memberitahu beliau bahawa ramai lagi pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara sependapat dengannya.

UMNO, Mahathir memetik pemimpin itu sebagai berkata, telah busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi.

“Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar,” tulis Mahathir.

Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran tinggi, tambah Mahathir, mereka menentukan ahli lain di cawangannya mempunyai pengetahuan lebih rendah daripadanya.

“Maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.”

Mahathir turut menyebut bagaimana bekas pemimpin kanan yang dimaksudkannya itu mendakwa UMNO sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi pun kerana rasuah.

“Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah” tulis Mahathir lagi.

Dalam tulisannya kali ini, Mahathir turut menyentuh keadaan rakan-rakan UMNO dalam Barisan Nasional yang lemah, berpecah dan tidak mampu menjayakan barisan tersebut.

Comments (0)add
Write comment

busy
 
< Prev   Next >


     
         
     
         
     
         
         

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup