| Amar Gesa Nik Aziz Namakan Bakal PenggantiI: SIAPA ORANGNYA? |
|
|
|
| Wednesday, 25 November 2009 | |
|
Sebenarnya, di kalangan pemerhati politik, dan majoriti ahli PAS Kelantan sendiri, hanya dua nama yang disebut-sebut sebagai calon paling utama. Pertama, Datuk Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan dan kedua, Nik Amar sendiri. Di kalangan pemerhati politik juga, bukanlah perkara baru bahawa Husam dilihat sebagai orang yang cukup berhajat untuk jawatan itu. Hakikatnya pun, dia calon yang cukup popular. Pengalaman dan kredibiliti, dicampur dengan pencak politiknya menjadikan dia orang yang sukar diketepikan. Daripada segi ilmu agama, mungkin Husam tidak sehebat mana. Tetapi kebanyakan ADUN PAS pun tidak banyak bezanya daripada dia. Memiliki latar belakang pendidikan sekular, tetapi mempunyai kecintaan yang tinggi terhadap Islam dan kedaulatannya. Untuk mencari seorang lagi yang sisi agamanya sehebat Nik Aziz, jangan mimpi. Sekurang-kurangnya untuk waktu ini. Tetapi Mohd Amar juga tidak kurang popularnya. Malah, akar umbi dikatakan lebih suka kepadanya, yang dilihat sebagai seorang yang tidak licik, tidak pandai mencari wang, namun memiliki perwatakan yang sesuai dengan budaya dan tradisi Kelantan. Penganalis politik terkenal, yang ‘akrab’ dengan politik Kelantan, Mohd Sayuti Omar (MSO) pernah menyifatkan Mohd Amar dilihat sebagai mewakili tradisi kepimpinan ulama serta arif mengenai denyut perjuangan PAS. Beliau juga memiliki dua Masters dari universiti di dalam dan luar negara. Apa pun, segalanya terserah pada kebijaksanaan Nik Aziz. Mohd Amar semasa membuat gesaannya berkata, “Saya secara peribadi rasa perlu Tuan Guru Nik Aziz menamakan pengganti atau sekurangnya bagi petanda untuk memudahkan proses (peralihan).” Mohd Amar menambah: “Kalau berlaku tiba-tiba (perubahan pucuk pimpinan), mungkin orang yang naik (pengganti) memerlukan masa untuk menstabilkan keadaan.” Kata beliau, pandangan itu bukan bertujuan memaksa Nik Aziz berundur sekarang. “Cuma pada pandangan saya, Tuan Guru sudah ada dalam fikiran tapi tak mahu namakan kerana tak nak lukakan sesiapa. “Bukan suruh Tuan Guru berundur, lebih baik menamakan pengganti atau mencadangkan kepada parti... nak terus kekal pun tiada masalah,” katanya lagi. Mohd. Amar berpendapat bahawa pelan peralihan boleh mengurangkan kekecohan dan khabar angin. “Kalau peralihan kuasa berlaku dan jelas, mungkin kekecohan ini tak berlaku,” katanya.
Set as favorite
Bookmark
Email This
Hits: 319 Comments
(0)
|
| < Prev | Next > |
|---|





KALAU gesaan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah supaya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menamakan penggantinya diterima oleh Mursyidul Am PAS itu, siapakah agaknya orang yang mendahului senarai.