| EKONOMI MALAYSIA BOLEH BERKEMBANG 3-4 PERATUS - MUHYIDDIN |
|
|
|
| Monday, 23 November 2009 | |
|
BANDUNG - Ekonomi Malaysia yang sudah pulih sedikit berpotensi berkembang pada tahap tiga hingga empat peratus berikutan langkah-langkah memberangsangkan yang diambil oleh kerajaan.
Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beberapa inisiatif baru telah diperkenalkan ke arah itu untuk mengubah corak ekonomi ke arah yang berpendapatan tinggi, berbanding yang berpendapatan sederhana dan rendah sebelum ini. "Inisiatif-inisiatif baru itu perlu agar Malaysia dan rakyat kita tak terkongkong dalam ekonomi berpendapatan rendah dan sederhana “Kerajaan juga memperkenalkan inisiatif-inisiatif baru ini untuk membolehkan Malaysia keluar daripada masalah semasa yang melanda ekonomi dunia, " katanya ketika berucap pada jamuan malam dengan lebih 600 pelajar Malaysia di sini, malam semalam. Sehubungan itu, beliau mahu semua pihak termasuk rakyat dan pelajar Malaysia di luar negara dapat turut membantu memastikan transformasi ke arah ekonomi berpendapatan tinggi itu berjalan dengan lancar dan pantas
Set as favorite
Bookmark
Email This
Hits: 360 Comments
(0)
|
| < Prev | Next > |
|---|



