Syndicate

Who's Online

We have 4 guests online
HUSAM TAK HADIR MESYUARAT, TAPI HADIR SIMPOSIUM? PDF Print E-mail
Sunday, 22 November 2009

 Seperti ditulis sebelum ini, Datuk Husam Musa tidak hadir di mesyuarat Badan Perhubungan PAS Kelantan pagi semalam. Alasan yang diberi ialah beliau mendapat cuti sakit selama lima hari kerana menghidap penyakit tulang belakang. Husam sendiri menjelaskan perkara itu dalam berita yang disiarkan di Astro Awani malam tadi.

Tetapi pagi semalam juga, Husam dikatakan berada di Pearl Hotel, Jalan Klang Lama Kuala Lumpur bagi menghadiri symposium ‘Pakatan Rakyat And The Making Of A Two Party System’, di mana beliau menjadi salah seorang jurubicaranya.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama di symposium itu.

Bagaimanakah seorang yang sakit sehingga tidak boleh menghadiri mesyuarat parti, yang beliau sendiri merupakan Timbalan Pesuruhjaya II, boleh pula berada di tempat lain yang beratus kilometer dari tempat ‘di mana dia sepatutnya berada’?

Semua ini akan lebih banyak mengundang soalan daripada jawapan.

Tidak dapat tidak ia menguatkan lagi sangkaan, dan dakwaan, bahawa memang ada sesuatu yang sedang berlaku dalam politik Kelantan – terutama yang melibatkan kedudukan Husam.

Hari ini portal berita Utusan Online muncul dengan berita utama bertajuk Husam Letak Jawatan?

Berita itu menyebut Husam dikatakan mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan yang merupakan satu lagi episod yang menggambarkan perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.

Namun hasrat itu tidak dipersetujui oleh Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz sebaliknya memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Sumber memberitahu, hasrat Husam untuk berundur telah dikemukakannya kepada Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan pada pertemuan empat mata Selasa lalu.

“Husam bertemu dengan Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan bahawa beliau tidak terlibat atau menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku dalam PMBK dan penjelasan itu diterima, tetapi hasratnya untuk meletakkan jawatan ditolak.

“Nik Abdul Aziz telah mengumumkan Husam cuti selama lima hari bermula hari ini pada mesyuarat Badan Perhubungan Pas Kelantan di kediaman rasminya, JKR 10 pagi tadi. Beliau (Husam) tidak hadir pada mesyuarat ini,” kata sumber itu kepada Mingguan Malaysia.

Comments (1)add
0
...
written by pembaca , November 22, 2009
thank for the info
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
Write comment

busy
 
< Prev   Next >


     
         
     
         
     
         
         

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup