Syndicate

Who's Online

We have 4 guests online
HUSAM TAK HADIR MESYUARAT PERHUBUNGAN PAS KELANTAN PDF Print E-mail
Saturday, 21 November 2009

Ketidakhadiran Datuk Husam Musa di mesyuarat Badan Perhubungan PAS Kelantan di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR 10 di Kota Baharu hari ini tidak dapat tidak pasti mengundang tanda tanya.

Walaupun Husam dikatakan sedang menerima rawatan di hospital atas sebab kesihatan dan kerana itu tidak menghadiri mesyuarat tersebut, namun spekulasi pasti berlegar memandangkan sebelum ini Husam pernah membuat kenyataan ada pihak  menggerakkan konspirasi untuk menyingkirkannya daripada kerajaan negeri.


Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mempengerusikan mesyuarat itu atas sifatnya selaku Pesuruhjaya PAS negeri juga enggan menemui pemberita selepas mesyuarat berlangsung. Alasannya sama seperti Husam; kesihatan.

Dalam pada itu, difahamkan mesyuarat tersebut langsung tidak membincangkan isu-isu panas yang berbangkit di Kelantan, khususnya berkaitan menantu Nik Aziz, Ariffahmi Abdul Rahman dan juga mengenai penajaan menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci.

Setiausaha badan perhubungan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, PAS Kelantan tidak mahu mencampuri isu berkaitan yang dihadapi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menyifatkan ia tidak ada kena mengenai soal politik.

PAS Kelantan juga, katanya, menaruh keyakinan perkara itu yang merupakan masalah pentadbiran boleh diselesaikan sendiri oleh Nik Aziz selaku Menteri Besar.

Comments (0)add
Write comment

busy
 
< Prev   Next >


     
         
     
         
     
         
         

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup