| 'ADA KONSPIRASI TERHADAP SAYA' - HUSAM |
|
|
|
| Saturday, 21 November 2009 | |
|
“Saya sedar adanya konspirasi terhadap saya,” kata Husam. Terdapat khabar-khabar angin bahawa Nik Aziz berkemungkinan akan mengugurkan Husam daripada barisan Exco negeri berikutan tindakan bekas pembantu Husam, Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau Kickdefella, yang bertindak membuat pendedahan-pendedahan mengenai apa yang didakwanya penyalahgunaan kuasa oleh menantu menteri besar itu, Mohd Ariffahmi Abdul Rahman di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Syed Azidi merupakan pegawai perhubungan korporat di perbadanan itu sebelum dipecat awal bulan ini. Khabar angin mengenai kemungkinan Husam digugurkan daripada jawatan exco timbul selepas Syed Azidi membuat dakwaan yang Nik Aziz akan mengumumkan perletakan jawatan menantunya selaku ketua eksekutif PMBK. Husam bagaimanapun enggan mengulas sama ada Ariffahmi di belakang usaha menyingkirkannya. Paradigma dalam satu rencana pada 13 November lalu telah menyiarkan satu artikel yang membayangkan kemungkinan adanya konspirasi terhadap Husam di sebalik semua yang berlaku.
Set as favorite
Bookmark
Email This
Hits: 265 Comments
(0)
|
| < Prev | Next > |
|---|





Anggota Exco, Datuk Husam Musa mendakwa wujud konspirasi untuk menyingkirkannya daripada kerajaan negeri Kelantan dan terdapat usaha-usaha untuk merenggangkan hubungannya dengan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.