Syndicate

Who's Online

We have 10 guests online
PELIKNYA PENGAKUAN BALASUBRAMANIAM: SEKEJAP 'TIDAK', SEKEJAP 'YA' PDF Print E-mail
Friday, 20 November 2009

Jika anda klik di sini, anda akan dapat membaca kandungan wawancara dengan penyiasat persendirian P. Balasubramaniam bahagian keempat yang disiarkan oleh portal Malaysia Today.

Dan jika anda membacanya lagi dengan teliti, tidak dapat tidak anda akan menemui perkara yang cukup mengeliru dan meragukan.

Yang paling ketara ialah, dalam wawancara tersebut, Bala memberitahu dalam tempoh ‘persembunyiannya’ dia pulang ke tanah air beberapa kali tanpa pengetahuan, Deepak, orang yang dikatakan menjadi ‘dalang’ yang mengatur ‘kehilangannya’. Tetapi dalam kenyataan berikutnya pula dia memberi gambaran sebaliknya.

Saya tidak menghubungi sesiapa setiap kali saya pulang kerana saya takut Deepak dapat tahu. Satu-satunya orang yang tahu saya pulang ke Malaysia ialah ASP Suresh tetapi dia tidak beritahu pada Deepak,” katanya dalam wawancara itu.

Tetapi dalam wawancara yang sama, ketika ditanya, “Bolehkah kamu ingat tarikh-tarikh anda pulang ke Malaysia?”, penyiasat persendirian itu menjawab begini:

“Ya, saya berada di KL dari 16.02.2009 hingga 05.03.2009. Sepanjang tempoh tersebut, saya menemui Deepak di pejabatnya di Sungai Besi. Dia sangat bimbang saya pulang ke Malaysia dan meminta saya balik semula ke Chennai dengan segera. Dia memberi amaran kepada saya bahawa nyawa saya dalam bahaya jika saya tinggal lebih lama.”

Pelik! Mula-mula dia kata setiap kali pulang tidak menghubungi sesiapa kerana ‘takut Deepak tahu’. Kemudian dia sendiri juga yang kata ‘…menemui Deepak di pejabatnya di Sungai Besi’.

 

Comments (0)add
Write comment

busy
 
< Prev   Next >


     
         
     
         
     
         
         

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup