| NIK AZIZ BUKAN MURSYIDUL AM, TAPI... |
|
|
|
| Friday, 20 November 2009 | |
|
Seorang Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan, Abdullah Sa’amah menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat bukan lagi Mursyidul Am, tetapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Abdullah, yang juga pengasas Pondok Geting, di Tumpat berkata, Nik Aziz harus bertanggungjawab dengan kekeliruan dan bersemaraknya perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan berhubung agama yang disesuaikan dengan kepentingan politik. Komen Abdullah itu disiarkan oleh akhbar Sinar Harian. Pengasas pondok itu seterusnya berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan mentafsirkan Al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu. “Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pondoknya.
Set as favorite
Bookmark
Email This
Hits: 277 Comments
(0)
|
|
| Dikemaskini pada ( Friday, 20 November 2009 ) |
| < Prev | Next > |
|---|




