Syndicate

Who's Online

We have 3 guests online
KOS KOMPUTER DI PARLIMEN: MP SEGAMBUT TAK PUAS HATI PDF Print E-mail
Friday, 20 November 2009
 Ahli Parlimen Segambut (DAP), Lim Lip Eng mempersoalkan harga peralatan komputer yang dipasang untuk kegunaan Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Lim membangkitkan perkara itu susulan jawapan bertulis Jabatan Perdana Menteri kepada soalan Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan (DAP).

Dalam jawapan bertulis itu, Dewan diberitahu kos bagi komputer-komputer baru untuk kegunaan Ahli-ahli Parlimen tersebut melebihi RM11,000 setiap satu.

"Kos bagi setiap komputer berskrin sesentuh itu, termasuk pemasangannya ialah RM11,233. Selain itu tambahan sebanyak RM320 dibayar untuk papan kekunci, tetikus dan bracketnya, manakala RM363 lagi dibayar untuk hard disk 80GB."

Ini menjadikan kos kesemua untuk 220 orang Ahli Parlimen itu ialah RM2.6 juta.

Lim, yang tidak berpuas hati dengan jawapan itu mengemukakan beberapa senarai harga dan berkata, hard disk 160GB boleh didapati dengan harga RM150 sahaja.

"Papan kekunci dan tetikus pula bukannya berjenama, tetapi hanya buatan China. Set papan kekunci dan tetikus Microsoft pun cuma berharga RM55," tambahnya.

Parlimen, menurut Lim sepatutnya membekalkan laptop sahaja kepada setiap Ahli Parlimen kerana kosnya cuma RM2,000 setiap satu.  


Comments (0)add
Write comment

busy
Dikemaskini pada ( Friday, 20 November 2009 )
 
< Prev   Next >


     
         
     
         
     
         
         

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup