SUARA HATI SEORANG ADUN PDF Print E-mail
Wednesday, 18 November 2009

 Seorang wakil rakyat BN Sabah hari ini mempersoalkan keutamaan projek-projek yang melibatkan pembangunan luar bandar di Sabah. Wakil Kemabong, Datuk Rubin Balang dalam ucapan menyokong Bajet 2010, menyarankan agar kerajaan negeri dan juga kerajaan Pusat lebih sensitive dengan keperluan rakyat desa dan luar bandar di Sabah.

“Saya terkilan kerana ucapan wakil rakyat dalam Dewan Undangan Negeri seolah-olah tidak ada kesan. Seperti suara anak anjing menyalak bukit dan bukit tidak akan runtuh. Ucapan kami yang mewakili rakyat dan untuk faedah rakyat tidak diambil perhatian serius,” kata Rubin dalam ucapannya.

Oleh itu, wakil rakyat itu menyarankan  semua jabatan dan agensi kerajaan termasuk kerajaan pusat menghantar wakil ke setiap DUN.

“Kalau tiada pegawai, hantar kerani pun memadai dan kerani itu akan memaklumkan kepada pegawai yang berkenaan mengenai keperluan sebenar kumpulan sasar iaitu rakyat,” tegas Rubin .

Dewan Undangan Negeri Sabah memasuki hari ke empat persidangan hari ini. Bermula jam 2 petang tadi sessi penggulungan telah bermula. Persidangan  akan berakhir esok.

“Saya bercakap dalam Dewan yang mulia ini banyak kali mengenai perkara yang sama. Saya sudah empat penggal menjadi wakil rakyat tetapi masalah jalan raya di Mukim Rundum dan Ulu Tomani yang terdiri daripada 8 buah kampong-kampung dan 4 buah sekolah rendah  hingga sekarang masih tidak selesai dan masih tidak mendapat kelulusan daripada kerajaan.

“Saya telah berusaha berjumpa dengan EPU, berjumpa dengan menteri yang berkenaan, malah membawa Pengarah JKR Sabah melawat ke kawasan berkenaan daripada pagi sehingga malam. Tetapi semuanya sia-sia. Semua usaha saya sebagai wakil rakyat seperti perbuatan menuang air ke daun keladi,” tegas beliau lagi.

Menurut Rubin, ketiadaan perhubungan jalan raya di kampong-kampung berkenaan menyukarkan penduduk tempatan mengeluarkan hasil pertanian mereka untuk dipasarkan.

“Bagaimana kita mengatasi masalah kemiskinan rakyat luar bandar? Jika di kawasan seperti Sugut atau Beluran mereka boleh menggunakan perhubungan lain seperti  sungai. Penduduk boleh menggunakan perahu tetapi di kawasan saya tiada sungai dan perhubungan darat adalah satu-satunya perhubungan yang ada,” katanya.

 

 

Catatan: Yang mengeluh ini ADUN BN. Bayangkan nasib ADUN pembangkang. Mungkin sepuluh atau seratus kali lebih buruk.

 

 

Comments (0)add
Write comment

busy
Dikemaskini pada ( Wednesday, 18 November 2009 )
 
< Prev   Next >


     
         
     
         
     
         
         

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup