Syndicate

Who's Online

We have 6 guests online
BALA AKAN MUNCUL KEMBALI? PDF Print E-mail
Wednesday, 11 November 2009

 Penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang menghilang bersama keluarganya selepas ‘misteri’ pengakuan berkanunnya kira-kira 16 bulan lalu, muncul kembali  membuat pendedahan, termasuk apa yang sebenarnya terjadi kepadanya selepas menandatangani pengakuan berkanunnya yang pertama, dan pengakuan berkanun yang kedua sehari berikutnya.

Dakwaan itu dibuat oleh editor Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dalam posting terbaru di portal berkenaan.

Raja Petra bagaimanapun berkata, dia akan mendedahkan apa yang diberitahu oleh Balasubramaniam secara berperingkat, bermula dengan satu pendedahan kecil. Pendedahan berikutnya, kata Raja Petra, akan menyusur pada bulan hadapan atau waktu-waktu berikutnya.

Dalam 'pendedahan' awalnya, posting yang sama mendakwa, Balasubramaniam disuruh bersembunyi di luar negara dan dibayar RM50,000 sebulan supaya ‘mendiamkan diri’.

Pembayaran kepada Balasubramaniam dikatakan dibuat oleh seorang usahawan permaidani, yang digelar ‘the Carpetman’ oleh Raja Petra.

Editor kontroversi itu turut memaparkan salinan beberapa keeping cek, yang didakwanya dibayar kepada Balasubramaniam, di portalnya.

Comments (1)add
0
...
written by yat , November 11, 2009
susah nak percaya sikit apa RPK ni tulis ngan cakap, bnyk mengarut dari betul..

Tapi kalo ada bukti kukuh tenatng DS Najib, maka dia patut diadili dengan seadilnya.........
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
Write comment

busy
Dikemaskini pada ( Wednesday, 11 November 2009 )
 
< Prev   Next >


     
         
     
         
     
         
         

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup