Syndicate

Who's Online

We have 11 guests online
ADUN DAP MENGELUH ELAUN RENDAH PDF Print E-mail
Wednesday, 11 November 2009

 Nampaknya slogan ‘rakyat didahulukan’ turut meninggalkan kesan di hati pemimpin Pakatan Rakyat. Ini terbukti apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menggunakan frasa yang hampir sama semasa menjawab keluhan ADUN, Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) mengenai kadar elaun yang diterima oleh wakil rakyat DUN itu.

Semasa menyuarakan keluhannya ketika membahaskan usul bajet tambahan berjumlah RM392 juta kepada Menteri Besar Incorporated untuk membeli hutang Kumpulan Talam daripada kerajaan negeri di sidang Dewan Undangan Negeri, Ng berkata, elaun sara hidup wakil rakyat di Selangor lebih rendah daripada penjual mi atau penjual goreng pisang yang mendapat kira-kira RM5,000 sebulan.

Elaun sekitar RM4,000 sebulan itu, kata Ng, tidak setimpal dengan kerja wakil rakyat yang sering terpaksa turun padang dan menjaga kebajikan rakyat.

“Di Sabah, ADUN sudah menerima kenaikan elaun kira-kira RM5,000 sebulan, satu nilai yang agak munasabah,” katanya.

“Kuda pun perlu diberi makanan yang cukup untuk bekerja,” tambah ADUN itu.

Disebabkan gaji yang lebih baik jugalah, kata Ng, indeks rasuah di Singapura dan Hong Kong rendah. Beliau dengan itu berharap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengkaji semula elaun sara hidup jika pendapatan negeri meningkat dengan usaha pengutipan hutang yang lebih berkesan.

Khalid bagaimanapun menjawab permintaan Ng dengan berkata, ‘rakyat perlu diutamakan terlebih dahulu sebelum ADUN.’

Comments (0)add
Write comment

busy
 
< Prev   Next >


     
         
     
         
     
         
         

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup