Syndicate

Who's Online

We have 19 guests online
ISU LINGGAM: PEMBANGKANG BAWA SAKSI KE PARLIMEN PDF Print E-mail
Tuesday, 10 November 2009

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, R. Sivarasa hari ini membawa Jayanthi LG Naidu, yang didakwa sebagai saksi utama bagi menyokong dakwaan pakatan pembangkang bahawa peguam VK Lingam dan bekas Ketua Hakim Tun Eusoff Chin merancang secara bersama untuk melancong ke New Zealand.

Sivarasa dan ahli-ahli parlimen pembangkang berharap Jayanthi akan membuktikan bahawa kerajaan cuba menutup skandal Lingam-Eusoff yang menimbulkan keraguan banyak pihak itu.

Jayanthi adalah bekas setiausaha Lingam.

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini mengatakan tidak ada kes dalam isu itu dan mereka juga gagal mengesan saksi utama, iaitu Jayanthi. Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, walaupun perbuatan Lingam salah daripada segi moral, namun peguam itu tidak ada bukti peguam itu melakukan apa-apa yang melanggar undang-undang.

Comments (0)add
Write comment

busy
Dikemaskini pada ( Wednesday, 11 November 2009 )
 
< Prev   Next >


     
         
     
         
     
         
         

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup