| PAKATAN SENYAP: MAHFUZ TOLAK SARANAN RIDHUAN TEE |
|
|
|
| Tuesday, 10 November 2009 | |
|
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar misalnya berkata, 'pakatan senyap' antara parti tersebut dengan UMNO tidak perlu kerana Pas sudah mempunyai pakatan bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Rakyat (PR). Bagi Mahfuz pakatan senyap yang disarankan itu boleh menimbulkan suasana perkauman kerana satu hakikat yang harus diterima ialah Malaysia ini sebuah negara berbilang kaum. Dalam kenyataannya kepada Sinar Harian, Mahfuz berkata, Pakatan Rakyat membabitkan orang-orang Melayu, Cina dan India, untuk itu tidak perlu dibuat pakatan atas sentimen senyap-senyap yang melibatkan sentimen perkauman Katanya, perbuatan seperti ini seolah-olah menggambarkan politik di negara ini kembali mundur ke belakang. Mahfuz turut menegaskan parti-parti politik di Malaysia harus mencari satu formula bagaimana untuk menempatkan diri dalam suasana berbilang kaum. “Walaupun hati kecil kita kadang-kadang terasa terancam, tetapi kita harus mencari jalan untuk menempatkan diri kita dalam suasana majmuk negara ini,” katanya. Mohd Ridhuan, dalam tulisan di blognya baru-baru ini menyarankan supaya pakatan senyap itu diwujudkan dalam isu-isu yang melibat agama Islam dan Melayu. Memetik dari artikel tersebut, Ridhuan menyeru agar UMNO dan Pas mencontohi pakatan senyap oleh DAP, MCA dan Gerakan yang bersama dalam satu suara sekiranya hak-hak kaum Cina dipersoalkan. Comments
(1)
|
| < Prev | Next > |
|---|






Melayu nak jadi juara agama di Malaysia pun tak boleh apatah lagi dalam bidang ekonomi.
politik tunggu jer melayu mengemis di negeri sendiri.
APabila ini berlaku, PAS kata, UMNO punya kerja...
http://pkrpasdap.blogspot.com