Syndicate

Who's Online

We have 12 guests online
ANWAR TUJUKAN AMARAN PADA ZULKIFLI NOORDIN? PDF Print E-mail
Tuesday, 10 November 2009

 Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah berkata, amaran yang dikeluarkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas para pemimpin lain parti itu supaya akur dengan polisi parti atau keluar ditujukan secara langsung kepada orang seperti ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin.

Sivarasa juga menegaskan, amaran Anwar itu juga adalah untuk mengingatkan mereka semua supaya menjadi lebih berdisiplin dan juga kepada pemimpin PKR yang bertelagah secara terbuka.

“Ia sebenarnya adalah satu amaran secara langsung kepada orang seperti Zulkifli Noordin yang sering kali mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan polisi parti,” katanya sebagaimana dilaporkan oleh mStar Online.

“Sebagai contoh, tindakan Zulkifli yang cuba membentangkan beberapa usul di Dewan Rakyat yang jelas tidak selari dengan polisi parti itu tanpa terlebih dahulu merujuknya kepada pucuk pimpinan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas komentar Anwar semalam yang mahukan para pemimpin PKR lebih berdisiplin dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak selari dengan polisi parti itu.

Zulkifli, sebelum ini beberapa kali mencuba untuk membentangkan usul di Parlimen khususnya berkaitan dengan hal-hal berkaitan dengan Islam yang dilihat sebagai tidak selari dengan polisi PKR.

Comments (1)add
0
...
written by x-ten , November 09, 2009
India ni tak suka pada YB Zul sebab YB zul selalu pertahan dan perjuang islam. Indirectly dia juga sebenarnya mahu bagi amaran pada YB Zul dengan menjadikan kenyataan DSAI senjatanya.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
Write comment

busy
 
< Prev   Next >


     
         
     
         
     
         
         

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup