| HEBATNYA SEMANGAT MUSLIMAT PAS |
|
|
|
| Sunday, 08 November 2009 | |
|
Dewan tersebut menyifatkan, amalan bai'ah itu dapat menguatkan azam pemimpin Pas yang menang pilihan raya untuk terus komited kepada perjuangan parti. Ketuanya, Nuridah Mohd. Salleh menegaskan, pihaknya tidak menolak amalan itu kerana sangat memahami mengapa bai'ah tersebut dilakukan iaitu demi memperteguhkan parti. "Kami sangat setuju dengan bai'ah ini, ikrar ini bukan bermakna mereka tidak sayang tetapi satu istiqamah terhadap parti, perjuangan ini satu amanah. "Bagaimana mereka kasihkan isteri, begitu juga mereka perlu kasih parti... sama kasihnya," katanya. Mengulas lanjut, Nuridah berkata, amalan bai'ah ini diperkenalkan kepada calon Pas lelaki sejak pilihan raya 2007. "Saya tak rasa wanita direndahkan. Ini merupakan satu cabaran kepada pada muslimin. Ia bukan menggalakkan penceraian, ia satu pengorbanan. Mereka tidak boleh 'main-main' masuk parti Pas yang berjuang memperteguh syiar Islam.”tegasnya. Selain Nuridah, Naib Ketua Dewan Muslimat Pas, Senator Mumtaz Md. Nawi juga berkongsi pendapat yang sama. Katanya, amalan tersebut menjadikan wakil rakyat Pas lebih menyayangi isteri serta tidak berani memungkiri janji yang mereka ikrar sendiri. "Ini pembelaan kepada wanita. Janji tetap janji. Apa pula pelik? Taklik kalau keluar pintu pun jatuh talak. Inikan pula keluar perjuangan Islam, lepas habis tempoh nak lompat, lompatlah. "Kenapa pula orang nak bising. Taklik itu sah. Kalau tak sanggup tak ada orang paksa jadi calon," katanya. Kedua-dua pendapat itu mungkin memadai untuk mencerminkan betapa kentalnya semangat perjuangan muslimat PAS. Bagi mereka, perjuangan dan matlamatnya lebih penting daripada sentiment peribadi. Anda sukar menemui semangat yang sama di kalangan wanita UMNO, lebih-lebih lagi dalam hal yang membabitkan perkahwinan dan talaknya. Bagi kebanyakan mereka, apabila menyangkuti urusan rumah tangga, perjuangan akan melorot ke tempat kedua, ketiga atau ke berapa sahaja!
Set as favorite
Bookmark
Email This
Hits: 312 Comments
(1)
|
| < Prev | Next > |
|---|





Mingguan Malaysia hari ini melaporkan Dewan Muslimat PAS mempertahankan amalan bai’ah atau sumpah taat setia talak tiga terhadap isteri wakil rakyat parti itu yang melompat parti.