|
|
KISAH IMAM YANG TERLAMPAU |
|
|
|
|
Thursday, 10 December 2009 |
Sukar untuk dipercayai apabila seorang imam sebuah masjid ditahan selepas dipercayai melakukan kelucahan melampau terhadap pesakit lelakinya ketika menjalankan proses rawatan tradisional di sebuah hotel di bandar ini. Lelaki berusia 58 tahun itu dikatakan melakukan rawatan pelik apabila mangsa berusia 22 tahun itu diarah berbogel ketika menjalani rawatan. Mangsa yang tidak mengesyaki niat buruk warga emas berkenaan hanya mengikut arahan dengan harapan penyakit dialaminya akan sembuh. |
|
|
'LEMBAGA' TEOH DI PLAZA MASALAM |
|
|
|
|
Friday, 04 December 2009 |
Tiga individu mendakwa mereka ternampak satu lembaga yang menyerupai mendiang Teoh Beng Hock merayau-rayau di ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam, Shah Alam. Menurut laporan akhbar China Press, lembaga tersebut dilihat di tingkat lima bangunan tersebut - tempat Teoh ditemui mati dan di tingkat 14, iaitu pejabat SPRM Selangor. |
|
|
MESYUARAT KABINET DI HIMALAYA |
|
|
|
|
Monday, 30 November 2009 |
Kerajaan Nepal pada Ahad lalu mengumumkan akan mengadakan mesyuarat kabinet di Gunung Everest pada 4 Disember ini sebagai satu cara menarik perhatian umum terhadap kesan pemanasan global ke atas glasiar di Himalaya, demikian lapor AP. Agensi berita itu turut melaporkan, Perdana Menteri Madhav Kumar Nepal dan anggota-anggota kabinet yang secara fizikalnya sihat akan menghadiri mesyuarat itu, yang bakal diadakan di Kalapathar, yang tingginya 17,192 kaki (5,250 meter). Sepasukan doktor akan turut mengiringi anggota-anggota kabinet itu bagi memastikan mereka tidak menghadapi sebarang masalah ketika di Kalapathar. Mesyuarat itu diadakan menjelang konferen antarabangsa mengenai perubahan cuaca di Copenhagen, Denmark. Himalaya merupakan antara kawasan yang paling teruk menerima akibat kesan daripada pemanasan globar. Banyak glasiar-glasiar cair, membentuk tasik-tasik yang jika runtuh tebingnya akan menyebabkan banjir besar berlaku menenggelamkan kampung-kampung di bahagian bawah banjaran itu. |
|
|
PULANGNYA SEORANG PEMBUNUH! |
|
|
|
|
Monday, 23 November 2009 |
Imigran dari Malaysia di Britain yang telah didapati bersalah kerana melakukan pembunuhan kejam ke atas seorang bayi berusia 17 bulan, telah diberikan £4,500 (RM30,000) agar meninggalkan negara itu dan kini berkemungkinan besar sedang berkeliaran di negara ini.
Agnes Wong, 29, berasal dari Ipoh, telah dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun pada 2008 kerana melakukan pembunuhan kejam ke atas seorang bayi. Dia telah 'dibebaskan' pada Julai tahun ini dan dua minggu lalu, Agnes telah diterbangkan dari Heathrow ke Malaysia dengan 'voucher' bernilai £4,500 (RM30,000) untuk dibelanjakan apabila tiba di Malaysia. |
|
Dikemaskini pada ( Monday, 23 November 2009 )
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 Next > End >>
|
| Results 1 - 9 of 27 |