|
PERODUA JANGKA KUASAI 33.3 PERATUS PASARAN KERETA TEMPATAN |
|
|
|
|
Tuesday, 24 November 2009 |
KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menjangka dapat menguasai 33.3 peratus bahagian pasaran kereta tempatan tahun depan dengan jualan yang lebih baik bagi modelnya, pasaran yang bertambah baik dan peningkatan kuasa membeli pengguna sebagai faktor pendorong. Bagi 10 bulan pertama tahun ini, syarikat menguasai 31.1 peratus bahagian pasaran, kata pengarah urusan kumpulan, Datuk Syed Abdul Hafiz Syed Abu Bakar. Beliau berkata selain model Myvi dan Viva, pengeluar kereta tempatan itu juga mengharapkan model terkininya, Alza, untuk meraih lebih banyak jualan. |
|
|
EKONOMI MALAYSIA BOLEH BERKEMBANG 3-4 PERATUS - MUHYIDDIN |
|
|
|
|
Monday, 23 November 2009 |
|
BANDUNG - Ekonomi Malaysia yang sudah pulih sedikit berpotensi berkembang pada tahap tiga hingga empat peratus berikutan langkah-langkah memberangsangkan yang diambil oleh kerajaan. Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beberapa inisiatif baru telah diperkenalkan ke arah itu untuk mengubah corak ekonomi ke arah yang berpendapatan tinggi, berbanding yang berpendapatan sederhana dan rendah sebelum ini. "Inisiatif-inisiatif baru itu perlu agar Malaysia dan rakyat kita tak terkongkong dalam ekonomi berpendapatan rendah dan sederhana “Kerajaan juga memperkenalkan inisiatif-inisiatif baru ini untuk membolehkan Malaysia keluar daripada masalah semasa yang melanda ekonomi dunia, " katanya ketika berucap pada jamuan malam dengan lebih 600 pelajar Malaysia di sini, malam semalam. Sehubungan itu, beliau mahu semua pihak termasuk rakyat dan pelajar Malaysia di luar negara dapat turut membantu memastikan transformasi ke arah ekonomi berpendapatan tinggi itu berjalan dengan lancar dan pantas |
|
|
Jalur Lebar Oh Jalur Lebar |
|
|
|
|
Thursday, 12 November 2009 |
|
Pembayaran Kelas Pertama, Insfrastruktur kelas Ketiga. Pihak teknikal webserver memaklumkan terdapat masalah dengan ISP (Streamyx). Malah hanya negeri-negeri tertentu di selatan semenanjung yang tidak dapat akses ke paradigma.com.my. Kesulitan tersebut amatlah dikesali. Harap maklum. P/s : ingatkan Malaysia cuma ada masalah gula, tepung atau beras...
|
|
Dikemaskini pada ( Thursday, 12 November 2009 )
|
|
|
Sunday, 01 November 2009 |
Siang tadi, wakil-wakil daripada lebih 40 agensi kad kredit mengadakan sidang akhbar bersama di Kuala Lumpur. Mereka semuanya mengeluh dan mendakwa permohonan bagi mendapatkan kredit baru merosot sebanyak 80 peratus susulan langkah kerajaan mengumumkan cukai perkhidmatan sebanyak RM50 dikenakan ke atas setiap kad kredit mulai tahun depan. Langkah itu didakwa menjejaskan lebih 5,000 agen kad kredit dan 18 pengeluar kad tersebut di seluruh negara. |
|
Dikemaskini pada ( Sunday, 01 November 2009 )
|
|
|
BAJET 2010: KURANGKAN CUKAI |
|
|
|
|
Wednesday, 21 October 2009 |
|
IPOH 21 Okt — Pembentangan Bajet 2010 sepatutnya digunakan oleh kerajaan untuk membentangkan pelan dan strategi Malaysia untuk menjadikan negara ini sebuah negara berpendapatan tinggi, kata Setiausaha Agung Bersama Majlis Perniagaan Malaysia-China Datuk Dr Michael O.K. Yeoh. Katanya ini penting untuk meningkatkan lagi daya saingnya. "Kita juga berharap, jika boleh, kerajaan akan mengurangkan lagi kos melakukan perniagaan,” katanya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membentangkan Bajet 2010 di Parliamen Jumaat ini. |
|
|
|