|
|
Exco Agama P.Pinang Kerap ke Luar Negara: HASILNYA APA? |
|
|
|
|
Wednesday, 02 December 2009 |
|
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim, didakwa melakukan terlalu banyak lawatan ke luar negara bagi mempromosi industri hab halal sedangkan hasil tidak dinyatakan. Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) memberitahu persidangan DUN Pulau Pinang hari ini bahawa dalam pengetahuannya, sudah lapan kali Abdul Malik ke luar negara tetapi tidak ada sebarang kejayaan seperti memeterai perjanjian dengan pelabur luar negara diumumkan. "Saya juga hendak tahu berapa jumlah lawatan sudah dibuatnya ke luar negara dan apa kejayaannya dalam memeterai perjanjian dengan pelabur luar," katanya ketika membahaskan Bajet 2010 kerajaan negeri. |
|
|
MUFTI KUTUK UNDI HARAMKAN MENARA AZAN |
|
|
|
|
Wednesday, 02 December 2009 |
|
KAHERAH - Mufti Mesir, Ali Gomaa mengutuk pengundian untuk mengharamkan menara baru azan di Switzerland dengan menganggapnya sebagai penghinaan kepada orang Islam di seluruh dunia.: Bagaimanapun, beliau menggesa umat Islam supaya tidak mencetuskan sebarang tindakan negatif berhubung isu itu. Majoriti pengundi dalam pungutan suara itu bersetuju dengan cadangan untuk mengharamkan pembinaan menara baru azan. "Cadangan itu bukan sahaja dianggap sebagai serangan ke atas kebebasan beragama tetapi percubaan untuk menghina perasaan orang Islam di seluruh dunia," kata Ali.: Beliau menyarankan 400,000 penduduk Islam di Switzerland menggunakan dialog dan saluran undang-undang untuk mencabar pengharaman itu. |
|
|
BUKIT BOTAK: BN GAGAL SELESAIKAN BERPULUH TAHUN, PR JANJI SELESAI 24 BULAN |
|
|
|
|
Monday, 23 November 2009 |
SELAYANG: Kerajaan Pakatan Rakyat berjanji akan menyelesaikan masalah setinggan di Bukit Botak, yang gagal diselesaikan kerajaan BN sejak 1986 dalam masa dua tahun terdekat ini.Malah Kerajaan Selangor juga mengambil pendekatan menyerahkan kembali kuasa penentu kepada penduduk Bukit Botak sendiri. Ahli Parlimen Selayang, William Leong, ketika sesi taklimat bersama penduduk setinggan berkenaan baru-baru ini berkata, dalam mesyuarat dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pada 12 November lalu, cadangan telah dibuat untuk memberi geran kepada penduduk Bukit Botak. |
|
Dikemaskini pada ( Tuesday, 24 November 2009 )
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 Next > End >>
|
| Results 1 - 8 of 23 |