|
|
'SELEPAS INI KITA BERKONVENSYEN DI PUTRAJAYA' - ZAID IBRAHIM |
|
|
|
|
Sunday, 20 December 2009 |
Bekas menteri di jabatan Perdana Menteri, yang kini orang kuat PKR, Datuk Zaid Ibrahim mengisytiharkan Pakatan Rakyat kini bersedia menyingkirkan Barisan Nasional dan mengambil alih kuasa kerajaan Persekutuan. “Rakyat sudah bosan dengan politik perkauman. Mereka bosan diperbodohkan. Saya beri jaminan, selepas ini, kita akan mengadakan konvensyen berikutnya di Putrajaya,” kata beliau disambut tepukan gemuruh peserta konvensyen pertama Pakatan Rakyat di Shah Alam petang semalam. |
|
|
Saturday, 19 December 2009 |
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa setiap kaum di negara ini mengikis semangat perkauman masing-masing jika benar-benar mahu membentuk sebuah negara yang adil bagi semua kaum. “Justeru itu jangan ada yang mahu menggantikan satu bentuk rasisme dengan rasisme yang baru, dengan membidas perkauman Umno semata-mata dari perspektif kepentingan kaum tertentu,” kata beliau. |
|
|
Pujuk Jeffrey Dengan Jawatan: UNTUNG JANGKA PENDEK, RUGI JANGKA PANJANG |
|
|
|
|
Saturday, 19 December 2009 |
Jika benar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu memecahkan kemelut politik PKR Sabah dengan melantik Datuk Dr Jeffrey Kitingan, yang meletakkan jawatan Naib Presiden PKR Oktober lepas, sebagai Ketua Perhubungan parti untuk Sabah dan Sarawak, beliau sebenarnya memberikan isyarat yang salah kepada keseluruhan kepimpinan parti itu. Tidak dapat tidak, langkah seperti itu mempunyai kesan jangka panjang yang tidak menguntungkan parti, jika benar ia diambil. |
|
|
AKAN HILANGKAH 'SAKTI' MAKKAL SAKTI? |
|
|
|
|
Saturday, 19 December 2009 |
|
Hilangkah 'sakti' Makkal Sakti, jika ada, berikutan krisis yang melanda parti itu terus juga meruncing. Terkini presiden parti yang baru berusia lebih sedikit dua bulan itu, R.S. Thanenthiran memberi amaran kepada kumpulan bertelagah dalam parti itu bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin terhadap enam ahli jawatankuasa pusat termasuk timbalan presiden kerana terus mencemarkan imej beliau. Sementara itu, pihak yang diberi amaran pula, yang diketuai timbalan presiden A. Vathemurthy mendakwa Thanenthiran tidak berani menghadapi kenyataan berikutan tindakannya menangguh dan membatalkan mesyuarat ajk pusat sebanyak tiga kali sejak awal bukan ini.
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
| Results 1 - 9 of 149 |