|
'IBU' SEGALA MINI-PARLIMEN |
|
|
|
|
Saturday, 31 October 2009 |
Bila rakyat mula menaruh minat dengan politik, maka tumbuhlah mini parlimen di merata tempat. The Mall ini hanya satu daripadanya. Di luar sana, entah ada berapa ribu, atau puluh ribu lagi; baik di kedai kopi, warung, tangga surau atau kepala simpang. Barangkali The Mall boleh dianggap ‘ibu’ kepada semua mini-parlimen lain di Malaysia. Di sini, ‘usul’ dari segenap ceruk Malaysia akan dibincangkan oleh ‘ahli-ahli dewan’ (dan juga ‘ahli-ahli cawan’). Selalunya hangat-hangat, sehingga sejuk air yang di depan. - |
|
Dikemaskini pada ( Saturday, 31 October 2009 )
|