|
ADNAN YAAKOB DI HUJUNG JALAN? |
|
|
|
|
Tuesday, 08 December 2009 |
Defisit belanjawan untuk 10 tahun berturut-turut sekali lagi menggoyah kedudukan Adnan Yaakob sebagai Menteri Besar Negeri Pahang. Sumber maklumat dalaman UMNO menyebarkan khabar bahawa Adnan Yaakob mungkin “dipindah”ke pusat untuk mengosongkan jawatan yang disandangnya lebih daripada satu dekad, lantas diisi oleh calon yang dilantik Perdana Menteri Najib Abdul Razak. Pada hakikatnya, sudah tiba masanya untuk menukar MB. Pimpinan kerajaan negeri oleh Adnan kini terperangkap dalam kebuntuan. Beliau melihat dasar dirinya sebagai dasar terbaik, malah bermegah dengan dirinya kerana tidak meluluskan lesen pembalakan yang baru. |
|
|
POLITIK NEGERI SEMBILAN BERGOLAK: KEDUDUKAN MOHAMAD HASAN TERGUGAT? |
|
|
|
|
Monday, 30 November 2009 |
KEDUDUKAN Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan kini didakwa tergugat berikutan tindakan sekumpulan pemimpin UMNO negeri yang cuba menyingkirkannya susulan isu pemindahan wang RM10 juta ke London, yang menyebabkan menteri besar itu kini disiasat oleh Bank Negara Malaysia. Pemimpin-pemimpin UMNO berkenaan dikatakan hanya menunggu kepulangan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dari CHOGM 2009 untuk menggesa beliau mengambil tindakan terhadap Mohamad. |
|
|
BAJET 2010: KHIR PERSOAL KHALID |
|
|
|
|
Monday, 16 November 2009 |
Mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo menyifatkan Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Menteri Besar sekarang, Tan Sri Khalid Ibrahim di sidang DUN Selangor Khamis lalu sebagai meragukan. Khir juga membidas ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang menganggap bajet yang dibentangkan itu seimbang kerana kerajaan negeri hanya berbelanja berdasarkan apa yang ada. Menurut Khir, Azmin telah berjaya dikelirukan oleh Khalid. |
|
|
TAMBAH AHLI: UMNO SASAR PROFESIONAL, SWASTA DAN NGO |
|
|
|
|
Monday, 16 November 2009 |
SATU mesyuarat Jawatankuasa Pendafataran dan Penambahan Anggota UMNO akan diadakan pada 17 Disember ini bagi membincangkan perkara mengenai usaha menambah anggota parti itu. Demikian dinyatakan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang juga pengerusi jawatankuasa itu. Mesyuarat itu akan melibatkan wakil-wakil UMNO negeri. |
|
Dikemaskini pada ( Monday, 16 November 2009 )
|
|
|
|